Assalamualaikum kepada para peminat laman blog Sitom, Siteh, Sireng dan Simokang
Hari ini Abang Sitom atau Abe Tom nak kongsikan kisah hidup abe tom kepada semua
Abe Tom adalah merupakan seekor kucing yang dilahirkan dirumah Kanak-Kanak Tunku Budriah, Cheras, Kuala Lumpur pada 31.8.2015. Abe tom ni ada beberapa adik beradik ketika itu. Nasib abe tom kurang baik sikit abe ni diaabaikan oleh sipo (mak abe) sebeb ramai bebudak yang usik jadi bau badan lainlah kiranya. pastu mak abe biarkan. tak mahu bagi susu dan makan... sian kat abe tau..
Jadi Mak angkat abe tom pun ambik abe bawak balik rumah mereka. Kali pertama dalam hidup abe tom dapat naik Transit LSR STAR . Best gak... pastu bermula kisah abe tom hidup dengan keluarga Mohd Khoddri Ramli dan Siti Norasidah Shamsudin. Abe dah tiggal dengan mereka lebih daripada 4 tahun. Alhamdulillah mereka melayan abe tom dengan baik.
Abe tom sebenarnya ade penyakit batu karang. dan 2 kali kena masuk wad kat hospital. syukur kini abe tom sihat.. Abe tom suka main pasir dan rumput. jadi setiap sabtu dan ahad jika penjaga kami tak kerja, dia akan bawa abe tom dan adik-adik yang lain (Siteh, Siringdan Simokang) main rumput dan pasir depan rumah sambil korek tanah untuk dijadikan toilet kami....
Abe tom kan sebenarnya mempunyai 3 tugas khas dalam rumah ini.
- Penjaga kawasan belakag rumah- sebab rak tempat tidur, lepak, makan dan minum abe kat bahagian belakang rumah. rak kayu 4 tingkat, jadi be tom duduk atas sekali , maka dapatlah tengok luar sekali.
- Menjadi pemandu kereta. Abe tom ni kalu keluarga kami balik kampung ke, jalan-jalan ke, maka peranan abe tom sebagi pemandu kereta. duduk atas riba penjaga kami, sambil tangan pegang stereng kereta. nak senang kata lah kan co-pilot cume duk atas riba. teman sampailah ke kampung.
- Penjaga kepada adik adik kat rumah ni
Sekian sahaja kisah Abe Tom
Jumpa di kisah seterusnya,