Tuesday, October 29, 2019

Siring dah bersalin anak 5

Dimaklumkan bahawa tepat 29.10.19
Siring bersalin anak 5

Saturday, August 17, 2019

Bila Adik Besar Lepaskan Geramnya


Bila Kucing Makan Durian

Ini adalah kisah benar dari seekor kucing peliharaan saya. tiada sebarang paksaan atau deraan kucing. tapi dia memang amat sukakan durian.




Pelik tapi Benar dan Jarang berlaku

Hari ini abe tom nak kongsikan satu kisah pelik dikalangan adik beradik abe tom kat rumah ni
Kami kat rumah ni ade 4 ekor.

 2 dari kami adalah adik beradik iaitu abe tom dan adik siteh, manakala 2 lagi bukan adik beradik tapi cam adik adik jugalah iaitu siring dan simokang@ simo

Setiap dari kami mempunyai satu tabiat pelik dan ganjil

Abe Tom @  Abang Sitom
-Sukan minum air teh, milo, air kelapa dan makan nugget ayam spicy

Adik Besar Siteh
-Suka makan daging dan suka jilat gula

Kakok Siring
-Suka makan nasi dan kepala ikan

Adik kecik Simo@ Simokang
-Sukan makan sos sardin,buah durian, wafel, nasi dan bedal semua makanan abe tom, siteh,siring@ tukang habiskan makanan.

Kisah Adik besar @ Siteh

Assalamualaikum kepada semua peminat  dan kawan kawan adik besar@Siteh .

Hari ini siteh nak kongsikan kisah siteh pula.

Kisah siteh bermula apabila ura-ura mereka hendak membuang mak adik siteh (SIPO) sekali dengan adik beradik siteh yang lain. masa tu Siteh ade 4 adik beradik yang lain.  Kesemua dari kami 4 beradik telah terpisah. 3 penjaga lain ambik dan siteh mok angkat ambik. sejak dari itu siteh tak pernah dengar apa -apa berita  adik adik yang lain.

Siteh telah diambil oleh mohd khoddri ramli. buat pertama kalinya siteh dapat merasa naik motor. walaupun masa tu siteh masih kecil , kira kira dalam sebulan. kini siteh dan berusia hampir 4 tahun.

siteh ni ade ramai peminat dan ade 3 awek tapi saya semua awek siteh mati atau hilang. sian kat siteh kan.. Walaupun siteh dah besar tapi siteh masih hisap nyot. Siteh dan nyot memang tak boleh dipisahkan. Nyot siteh bukan puting susu tapi kain selimut yang ade jurai jurai tu. hehehhe

siteh suka makan rumput, main guling guling dan kejar kejar.

Siteh ade 3 tugas utama dalam rumah

  1. Menjadi  guard rumah bahagian depan. sebab siteh suka tengok orang lalu-lalang. Tukang mengeow kuat kalau ade orang lain nak kacau adik - adik atau abe tom.
  2. Tukang kejut  mok dan pok kami pagi-pagi
  3. Tukang jaga abe tom, simo dan siring
Sekian sahaja kisah Siteh ye, nanti kita citer pasal kisah menyayat hati Kakok siring pula

Sunday, July 21, 2019

Misteri terjawab

Akhirnya terjawad sudah misteri yang telah menghantui selama ini.

"misteri pokok bunga terbalik"

Rupa-rupanya ini adalah kerja adik bongsu kami..... Adik Simo @ Simokang




Sunday, July 7, 2019

Kisah Abang Sitom @ Abang Handsome

Assalamualaikum kepada para peminat laman blog Sitom, Siteh, Sireng dan Simokang

Hari ini Abang Sitom atau Abe Tom nak kongsikan kisah hidup abe tom kepada semua
Abe Tom adalah merupakan seekor  kucing yang dilahirkan dirumah Kanak-Kanak Tunku Budriah, Cheras, Kuala Lumpur pada 31.8.2015. Abe tom ni ada beberapa adik beradik ketika itu. Nasib abe tom kurang baik sikit abe ni diaabaikan oleh sipo (mak abe) sebeb ramai bebudak yang usik jadi bau badan lainlah kiranya. pastu mak abe biarkan. tak mahu bagi susu dan makan... sian kat abe tau..


Jadi Mak angkat abe tom pun ambik abe bawak balik rumah mereka. Kali pertama dalam hidup abe tom dapat naik Transit LSR STAR . Best gak... pastu bermula kisah abe tom hidup dengan keluarga Mohd Khoddri Ramli dan Siti Norasidah Shamsudin. Abe dah tiggal dengan mereka lebih daripada 4 tahun. Alhamdulillah mereka melayan abe tom dengan baik.


Abe tom sebenarnya ade penyakit batu karang. dan 2 kali kena masuk wad kat hospital. syukur kini abe tom sihat.. Abe tom suka main pasir dan rumput. jadi setiap sabtu dan ahad jika  penjaga kami tak kerja, dia akan bawa abe tom dan adik-adik yang lain (Siteh, Siringdan Simokang) main rumput dan pasir depan rumah sambil korek tanah untuk dijadikan toilet kami....
Abe tom kan sebenarnya mempunyai 3 tugas khas dalam rumah ini.
  1. Penjaga kawasan belakag rumah- sebab rak tempat tidur, lepak, makan dan minum abe kat bahagian belakang rumah. rak kayu 4 tingkat, jadi be tom duduk atas sekali , maka dapatlah tengok luar sekali.
  1.  Menjadi pemandu kereta.  Abe tom ni kalu keluarga kami balik kampung ke, jalan-jalan ke, maka peranan abe tom sebagi pemandu kereta. duduk atas riba penjaga kami, sambil tangan pegang stereng kereta. nak senang kata lah kan co-pilot cume duk atas riba. teman sampailah ke kampung.
  1. Penjaga kepada adik adik kat rumah ni
Sekian sahaja kisah Abe Tom
Jumpa di kisah seterusnya,

Friday, June 7, 2019

Monday, June 3, 2019

Perjalanan ke rumah tok kami bermula

Arini abe tom, adik siteh, adik sireng dan adik simokang akan memulakan perjalanan jauh hampir 4 jam untuk balik kampung beraya.

Friday, May 31, 2019

Bila abang besor jaga adik paling kecik

Bila abe tom check up adik paling kecik, adik simo @ adik simokang


Wednesday, May 29, 2019

Perkenalkan adik simokang

Assalamualaikum semua. Hari ini adik siteh nok perkenalkan adik baru kami berdua.



Nama adik: adik simokang
Tarikh lahir : 23.5.19
Tempat lahir: dalam longkang sebelah kedai motor
Keadan lahir: tertiarap dalam longkang, mata masih tertutup, ada tali pusat lagi, comot, lokosh dan lapor

Saturday, May 25, 2019

Ahli baru kami

Assalamualaikum kepada semua peminat abe sitom dan adik siteh.

Hari ini abe sitom dan adik siteh nak pekenalkan adik kami yang baharu.

Nama pun tak de lagi. Sapa nam bagi nama pun boleh asalkan ade bunyi si seperti sitom dan siteh serta sipo.
Buat masa ni, nama sementara adalah adik paling kecik. Pok kami jumpe dalam longkang kat bengkel moto. Mok nyer takde..


Sunday, March 10, 2019

Bila dapat keluar rumah

Ini aksi adik siteh bila dapat kuar rumah

Jom main guling guling. Balik mandi dengan dettol.😿👍👏

Aksi hujung minggu. 10.3.19

Yeah... arini abg sitom dan adik siteh kuar riadah sambil ambik tanah  pasir untuk jamban kami..
Adik siteh@anak pokok mangga

Abg sitom &pokok bunga raya


Wednesday, March 6, 2019

Sunday, March 3, 2019

Adik siteh dan bakul raga kain buruknya

Inilah aksi adik siteh dengan bakul raga kain buruknya. Kali terakhir dengan bakul raganya sebelum dibuang.




Saturday, March 2, 2019

Abe tom & Durian

Ermmm..... sedapnyer abe tom makan durian.. jemput makan ye semua. Abe tom makan dulu.

Thursday, February 28, 2019

Main chi ku chak dengan abe tom

Bila abe tom nyorok tapi tempat kecik. Tak muat badan abe tom.


Tuesday, February 26, 2019

Saturday, February 2, 2019

Friday, January 25, 2019

Aksi adik siteh

Aksi adik siteh bila dapat keluar riadah

Saturday, January 19, 2019

Friday, January 11, 2019

Bila abe tom tak de


Masa untuk berguling guling

Setelah seminggu abe sitom@abe tom tak kuar rumah. Arini akhirnya dapat juga keluar dan dapatlah merasa berguling guling atas tar jalan sambil menghilangkan rasa gatal dan juga bulu-bulu yang luruh...

Tuesday, January 1, 2019

Selamat Menyambut Tahun baru

Kami, adik beradik abang sitom dan adik siteh mengucapkan selamat tahun 2019, kepada semua kawan-kawan kami,

Harapan Abang Sitom , untuk tahun 2019 ini, abang sitom berharap abang sitom sentiasa sihat walafiat, banyak makan, senang hati, tidur cukup dan sentiasa dapat jalan-jalan, main rumput, main pasir.


Harapan adik siteh pula ditahun 2019 ini, adik siteh berharap dapat selalu kuar jalan-jalan, main pasir, makan rumput, jumpa kawan baharu dan jumpe awek baharu. harap adik siteh sihat dan tak nakal-nakal