Saturday, August 17, 2019

Kisah Adik besar @ Siteh

Assalamualaikum kepada semua peminat  dan kawan kawan adik besar@Siteh .

Hari ini siteh nak kongsikan kisah siteh pula.

Kisah siteh bermula apabila ura-ura mereka hendak membuang mak adik siteh (SIPO) sekali dengan adik beradik siteh yang lain. masa tu Siteh ade 4 adik beradik yang lain.  Kesemua dari kami 4 beradik telah terpisah. 3 penjaga lain ambik dan siteh mok angkat ambik. sejak dari itu siteh tak pernah dengar apa -apa berita  adik adik yang lain.

Siteh telah diambil oleh mohd khoddri ramli. buat pertama kalinya siteh dapat merasa naik motor. walaupun masa tu siteh masih kecil , kira kira dalam sebulan. kini siteh dan berusia hampir 4 tahun.

siteh ni ade ramai peminat dan ade 3 awek tapi saya semua awek siteh mati atau hilang. sian kat siteh kan.. Walaupun siteh dah besar tapi siteh masih hisap nyot. Siteh dan nyot memang tak boleh dipisahkan. Nyot siteh bukan puting susu tapi kain selimut yang ade jurai jurai tu. hehehhe

siteh suka makan rumput, main guling guling dan kejar kejar.

Siteh ade 3 tugas utama dalam rumah

  1. Menjadi  guard rumah bahagian depan. sebab siteh suka tengok orang lalu-lalang. Tukang mengeow kuat kalau ade orang lain nak kacau adik - adik atau abe tom.
  2. Tukang kejut  mok dan pok kami pagi-pagi
  3. Tukang jaga abe tom, simo dan siring
Sekian sahaja kisah Siteh ye, nanti kita citer pasal kisah menyayat hati Kakok siring pula

No comments:

Post a Comment